Wednesday, January 14, 2009

Pencalonan Wakil Pelajar.. Apakah?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada mainboard sesi 2008/2009 (KAHS) kerana bergerak proaktif dalam merencanakan pergerakan mahasiswa kulliyyah. Turut sama, setiggi-tinggi tahniah kepada mereka-mereka yang tercalon dalam majlis perwakilan pelajar bagi sesi tahun ini walaupun agak sedikit terlewat jika dibandingkan dengan IPTA2 yang lain. Pun begitu, itu tidak menjadi persoalan sebaliknya idealisma calon-calon yang bertanding inilah yang menjadi pokok perjuangan terhadap pergerakan mahasiswa.

Sekadar memberi pandangan peribadi. Pertandingan antara calon-calon SRC ini memberi pengaruh yang besar terhadap membentuk sifat kepimpinan dan sikap berdaya saing antara pelajar disamping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pemimpin mereka. Maka, persaingan yang sihat adalah satu petanda terhadap pembangunan akal dan fikiran yang matang dalam kalangan mahasiswa secara keseluruhannya.

Pun begitu, terdapat beberapa IPT yang seakan-akan telah kehilangan taring dan tanduk apabila SRC/MPP hanya dilihat sekadar mengisi reruang yang kosong sahaja (seperti mana yang diperuntukkan oleh pihak Universiti). Apa yang lebih menyedihkan, terdapat IPT yang sudah pun merancang bakal calon-calon bagi mewakili kulliyyah @ fakulti masing-masing berdasarkan pencalonan dari Persatuan Fakulti/kulliyyah tersebut sehinggakan suasana rancak pertandingan yang sepatutnya berlaku tinggal lenyap dan sepi tanpa seberang penjelasan yang pasti. Iklim sengit pertandingan tidak lagi wujud kerana segalanya sudah dirancang!. Tambahan lagi, SRC/MPP telah dikaburi dengan dakyah-dakyah yang telah mengasingkan dan mengaburi tujuan sebenar pergerakan ini.

Oleh itu, kebebasan untuk bertanding wajib untuk diberikan keutamaan oleh pihak fakulti/kulliyyah disamping pencalonan daripada pihak atasan/ universiti. Biarlah proses perkembangan mental dan emosi berlaku seiring dan sejalan bersama hak kebebasan bertanding dan memilih pemimpin masing-masing agar hasrat kerajaan dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang jasmani, emosi, rohani, dan intelek bersama-sama dapat dijayakan. Semestinya, proses ini mampu untuk dikecapi dengan memupuk semangat persaingan yang sihat antara individu/ calon-calon yang boleh dilihat melalui proses pemilihan perwakilan pelajar diperingkat universiti. Janganlah menggunakan alasan 'kita setuju bersama' sedangkan yang membuat keputusan hanyalah dalam kalangan individu yang berpengaruh sahaja. Biarlah sejarah Tok Mun yang menyertai pilihan raya negara memberikan mesej moral kepada warga kampus dalam merencanakan wawasan pergerakan kampus. Sekian..

Penulis : Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Pelajar Jurusan Dietetik Tahun 2, UIAM Kuantan kampus
Head of Education and Information bureau (HEALS), 2008/2009 session.

5 comments:

3p4h said...

Mantap, penulisan yang tidak bole disangkal...

Jadi kamu bl lg nk bertanding pula? Sem depan, mungkin... =)

Jepah said...

UNDILAH SAYA...

Mohd. Ramadan said...

3p4h -> Thanks.. ana tak pndai sgt dlm bab penulisan nih.. baru jer nak blajar.. harap anta bleh berikan tunjuk ajar eh.. Syukran dude. hehe...

Jepah -> Undi adalah rahsia.. hehe..

3p4h said...

Ceh, mrendah diri pula anta nih.. =p

Oit, ana ke anta ke, semuanya sama. Kau, aku, u, i, semuanya sama..

Selalu2 la update ya.

Mohd. Ramadan said...

To Epah --> ok!! Ko tetgk la aku kat blik.. ahaha... Tdo is my priority.. :P