Friday, January 30, 2009

Bengang!!


Assalamualaikum wbt.

Hurm... rasenyer perlu untuk post ini di edit.. hehe... (merujuk pada post yg lamer)

Dlm satu family, mesti stp ahlinyer ader sikap yg berbeza2.. tp, ape yg membuatkan family tuh bleh idup bersamer dgn aman dan bahgia ialah adernye sifat toleransi dan sikap hormat-menghormati..

Samer juger la kalo idop kat hostel. Self-awareness ttg org len spatutnyer dah tak yah lagi nak disebut2 biler dah masuk alam Univrsiti. Yg masuk Universiti ni pasti la mreka2 yg ade daya intelektual yg tinggi kan?? (Except la kalo masuk sbb NASEB jer.. ader ker? huhu)..

Tp aper yg berlaku dlm satu kejadian tempoh hari, tlah membenarkan kate2 kwn aku dan tlah mnjadikan aku sgt2 bengang. Urm.. Dah ditegur, tp masih tak berubah2 lagi.. mcm mana tuh? Nak kene pukul ker?? (Mcm best plak... ala2 kat asrama sekolah.. hehe).

Kalo tanyer sorang2 kat dlm hostel nih, rasenyer sumer org ader lagu favourite masing2 kan. Ade yg suker lagu korea (my fav gak, hehe..), ader yg suker Nasyed, ader yg suker omputeh, ader yg sker jiwang rock kapak, ader yg sker indon, dan byk la lg genre lagu. Mmg bagus ader minat terhadap seni.. tapi kalo minat tu melampau (maksudnya... mengajak rakan2 lain mendengar lagu kesukaan tuh dgn memasang sekuat yg boleh. Tidak ader paksaan dlm mendengar lagu.. btol tak??) agak keterlaluan la... tetiber plak org len kene dgr..

Bayangkan if rakan sebilik tuh tgh pening ke, sakit ke, penat ker... tetiba terkene dgn keadaan mcm kat atas.. Ape la yg aka terjadi ek??? huhu.. Iman jer yg dpt mengawal perasaan tyme tuh.. :( huhu... Nak marah, dah besar.. naty ader plak yg bermasam muka satu hostel.. tak nak la cam tuh..

So, ape la yang nak dibuat lagi... Teringt hadis nabi.. Kalo nmpk kemungkaran, ubahlah dgn tangan (merujuk pd kuasa yg ada), kalo tak mampu dengan mulut (kata-kata), kalo tak mampu gak, bencilah dgn hati dan itu adalah selemah2 iman... (kat mana la level iman kita?? )

Ok la.. rasa nya tu jer la entri (edited version) ni... kepada yg terasa, harap maaf la yer... setiap manusia lakukan kesilapan. Tp alasan tuh tak leh di gunerkan kalo kesilapan tuh berulang2 kali dan dibuat dgn sengaja... harap ader la insan yg paham k.

p/s: kalo ader cadangan leh la bg komen.. cadangan kalian mungkin boleh mengubah hidup sesorang..

Sekian.. coretan di ats katil.. hehe




Thursday, January 22, 2009

Selamat bercuti!


Assalamualaikum wbt.

Kepada sumer rumate yang nak balik ke, pegi KL ke, pegi memaner lah, semoga korang Selamat pergi dan Selamat pulang.

Jangan luper bace doa naik kenderaan... pakai tali pinggang keledar yer. hehe... Pastu time cuti2 nih, buat la bende2 yang berpaedah.. jgn asek nak raya cina jer (esp. yg dok kat melaka tuh) hehe.. juz kiddin..

Erm.. untuk yg nak pnjat gunung tuh, daki lah dgn pnuh semangat eh. p/s : Jgn lupa bawa bendera Malaysia sekali. haha... Yg dok area pahang nih, balik la ngan selamat..

Yg tak balik pulak, dok la kat bilik tuh sorang2.. jgn takut, ader dua malaikat yg selalu ngan korang. kalo free, buat service cuci motor or kreta bebudak yg balik. At least ader la side income yg korang leh dapat.

Okey lah, rase nyer tuh jer entri kali nih.. Wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

Sisi gelap... Mungkin??


Assalamualaikum wbt

Entri kali ini dapat dirasakan ada penceritaan yang sukar untuk dimengerti kecuali bagi mereka yang benar2 berfikir.

Setiap kali hati ini bercerita kepada minda, ada sahaja polemik yang menghempas benak fikiran. Terkadang merasakan diri ini tidak layak untuk berkata, sering kali terasa biarlah mereka berbicara... Suara ini seakan berat untuk menjengah atmosfera yang kini semakin jelas ternoda dengan tiupan dan panahan sang hitam.

Melihat rasmi lalang, ditiup kanan, maka ke kananlah ia, ditiup kiri, maka kekirilah ia.. Apakah itu merupakan petunjuk bahawa isi alam ini sudah semakin terbeban dengan getaran halilintar yang memukul segala isi yang lemah?? Erhhhh... Mungkin mereka senang dalam keadaan begitu...

"Kalau betul, tak semestinya benar...." Terfikir sejenak melayan frasa ungkapan tersebut. Mata lalu memandang ke langit petanda hipotalamus terus berdenyut. Terdetik hati menginsafi diri yang kaya dengan mehna dan tribulasi juga miskin dengan budi dan bahasa. Akan tetapi, rerambut yang mentupi setiap lapisan tetulang ini seolah-olah mengerti dan fahami dengan apa yang sedang dilakukan oleh haiwan yang berakal itu...

Tuhan mengajar hambanya supaya bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa.. Mungkin manusia tidak mengerti apatah lagi untuk memahami... Diturunkan Al-Quran agar bisa semua manusia untuk belajar apakah itu 'manusia' dan 'insan'.. Tuhan tidak jadikan Adam itu seorang, tetapi dijadikan-Nya Hawa sebagai teman buat melengkapi kehidupan ini. Apakah ertinya teman?? Kalian punya jawapan....

Fikirlah... Gerakkan minda mu... Zahirkan fikrah mu...

Tuesday, January 20, 2009

Selamat sudah....


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Akhirnya Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) kampus Kuantan telah berjaya dengan jayanya mengadakan Malam Seribu Bintang (AGM jer sbenarnya, hehe)... Walaupun, dalam kesibukan dengan urusan kerja, penasihat kelab turut hadir memeriahkan malam gilang gemilang tersebut. Jutaan aprisiasi saya ucapkan kepada Cikgu Fuziah kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan di kampus Kuantan.

Sekadar untuk pengetahuan umum, KDBM Kuantan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2007. Sepanjang penubuhan, KDBM telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti debat seperti menganjurkan Debat antara kampus UIAM (Kuantan, Gombak, CENFOS), dan pertandingan pidato antara Kuliyyah Kuantan. Kepada majlis tertinggi sesi perintis iaitu 2007/2008, jasa dan pengorbanan anda adalah amat saya hargai dalam usaha untuk menubuhkan kelab ini dan menyelaraskan semua aktiviti kelab.

Untuk sesi 2008/2009, diharapkan lebih banyak lagi perubahan-perubahan yang dapat dilaksanakan demi memajukan warga kelab dan kelab itu sendiri. Sesungguhnya, lihatlah bintang yang bergemerlapan di langit, dan dalam masa yang sama, janganlah dilupakan rumput di daratan....!

Sekian dulu post kali ini.. Wassalam.

Wednesday, January 14, 2009

Pencalonan Wakil Pelajar.. Apakah?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada mainboard sesi 2008/2009 (KAHS) kerana bergerak proaktif dalam merencanakan pergerakan mahasiswa kulliyyah. Turut sama, setiggi-tinggi tahniah kepada mereka-mereka yang tercalon dalam majlis perwakilan pelajar bagi sesi tahun ini walaupun agak sedikit terlewat jika dibandingkan dengan IPTA2 yang lain. Pun begitu, itu tidak menjadi persoalan sebaliknya idealisma calon-calon yang bertanding inilah yang menjadi pokok perjuangan terhadap pergerakan mahasiswa.

Sekadar memberi pandangan peribadi. Pertandingan antara calon-calon SRC ini memberi pengaruh yang besar terhadap membentuk sifat kepimpinan dan sikap berdaya saing antara pelajar disamping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pemimpin mereka. Maka, persaingan yang sihat adalah satu petanda terhadap pembangunan akal dan fikiran yang matang dalam kalangan mahasiswa secara keseluruhannya.

Pun begitu, terdapat beberapa IPT yang seakan-akan telah kehilangan taring dan tanduk apabila SRC/MPP hanya dilihat sekadar mengisi reruang yang kosong sahaja (seperti mana yang diperuntukkan oleh pihak Universiti). Apa yang lebih menyedihkan, terdapat IPT yang sudah pun merancang bakal calon-calon bagi mewakili kulliyyah @ fakulti masing-masing berdasarkan pencalonan dari Persatuan Fakulti/kulliyyah tersebut sehinggakan suasana rancak pertandingan yang sepatutnya berlaku tinggal lenyap dan sepi tanpa seberang penjelasan yang pasti. Iklim sengit pertandingan tidak lagi wujud kerana segalanya sudah dirancang!. Tambahan lagi, SRC/MPP telah dikaburi dengan dakyah-dakyah yang telah mengasingkan dan mengaburi tujuan sebenar pergerakan ini.

Oleh itu, kebebasan untuk bertanding wajib untuk diberikan keutamaan oleh pihak fakulti/kulliyyah disamping pencalonan daripada pihak atasan/ universiti. Biarlah proses perkembangan mental dan emosi berlaku seiring dan sejalan bersama hak kebebasan bertanding dan memilih pemimpin masing-masing agar hasrat kerajaan dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang jasmani, emosi, rohani, dan intelek bersama-sama dapat dijayakan. Semestinya, proses ini mampu untuk dikecapi dengan memupuk semangat persaingan yang sihat antara individu/ calon-calon yang boleh dilihat melalui proses pemilihan perwakilan pelajar diperingkat universiti. Janganlah menggunakan alasan 'kita setuju bersama' sedangkan yang membuat keputusan hanyalah dalam kalangan individu yang berpengaruh sahaja. Biarlah sejarah Tok Mun yang menyertai pilihan raya negara memberikan mesej moral kepada warga kampus dalam merencanakan wawasan pergerakan kampus. Sekian..

Penulis : Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Pelajar Jurusan Dietetik Tahun 2, UIAM Kuantan kampus
Head of Education and Information bureau (HEALS), 2008/2009 session.

Tuesday, January 13, 2009

Assalamualaikum wbt.



Assalamualaikum wbt.

Sejenak terfikir, blogging memang menjadi kegilaan pada 'blog maniac' yang mampu merungkai erti kehidupan seseorang. Apa yang pasti, ianya bisa merebak dan menjerat sesiapa sahaja ke alam maya yang tiada batasan ini sehinggakan diriku sendiri tidak terdaya melawan wabak blogging ini...

Dan dikala malam yang diselubungi keasyikan salju malam, aku tergigit melihat 'temanku' dengan penuh semangat dan istiqamah melayari lelaman blog teman-temannya dan menanam benih post-post baru bagi mengisi reruang blog yang masih lagi panas untuk tatapan pelayar-pelayar dan penggemar-penggemar blog. Mudah-mudahan usahanya itu dapat memberikan kepuasan dan menambahkan kerancakan dunia blogging ini..

Okey la beb, chow dulu.. Wssalam