Saturday, August 15, 2009

changing to the new blog

Assalamualaikum wbt

Guys, im now changing to a new blog:

http://dysclosure.blogspot.com/

so, this blog will be closed soon... by end of dis wik

Monday, August 3, 2009

LRT Putra tyme PCFAIR 09...

Salam..

Setelah lame tak post blog, tetiber ade smangat nak post.. hehee...

Last wik (1-2 Ogos 09), aku telah p ke KL utk jalan2 di PC fair.. walaupun tak da tujuan yg pasti, ak mmg nak pegi.. So, stelah bincang dengan rakanku, S, kami pun pergi pd hari Ahad..

Ak betolak dari LRT Pasar Seni.. hurmmm.. agak kelam kabut gak sbb tyme ak jalan kaki ke stesen, tetibe hujan turun.. menggelabah la aku belari supaye cpt smpai ke destinasi PUTRA..

Setelah puas berlari, akhirnyer aku smpai gak kat PUTRA Pasar Seni.. agak ramai la orang.. Dgn tiba2, train Putra pun dtg.. Perghhh!!! Ramai giler MAHLUK!!.. Reaksi pertama ku bila melihat PUTRA yang sarat.. Nak wat cam maner.. demi kawanku , S, aku rempuh la gak dlm ramai2 orang tuh...

Tika dalam train, huh..! bau mmg tak leh blah.. MCM2 Ada..! hahaaa.. biasa la.. UNITY in DIVERSITy..... Seat mmg dah penuh.. jadi aku terpaksa berdiri bersama org2 yg senasib ngan ku.. Waktu aku berdiri...

Otak ku ligat berfikir melihat telatah dan aksi mahluk2 dalam train tersebut.. Waktu dlm perjalanan, masing mencari tempat untuk berpaut.. Aku pun cari gak.. Dlm masa yg sama aku ter PK. mmg lumrah manusia untuk BERPAUT PADA SESUATU.. so aku come out dgn satu ANALOGI yang simple.. untuk aku kaitkan antara hubungan KITA dgn TUHAN..

Waktu dlm LRT yg bergerak dan bergoyang.. masing2 mencari tempat spt tiang or tali tunk berpegang.. untuk aper?? supaya merasa SELAMAT.. tu la tujuan utama nyer.. itu adalah dari segi fizikal.. Skrg kita bandingkan pula dengan keadaan yg kita tak dpt lihat or abstrak.. As human, kita ada hati dan perasaan yg tak dpt kita lihat, tapi kita leh rasa.. Bila kita dlm keadaan susah, atau bermasalah.. mesti kita akan mencari sesuatu untuk menenangkan hati kita dan yg paling penting membuatkan kita merasa SELAMAT.. apa yg hati kita cari?? it is TUHAN... Sama gak situasi dlm train tadi... Itu gmbaran yg sangat CLEAR betapa LUMRAH MANUSIA memerlukan tempat untuk BERGANTUNG... MasyaALLAH.. betapa besarnya kebesaran tuhan menunjukkan padaku betapa lemah nya manusia....

Itu lah pengajaran yg ak dpt waktu naik train.. walau di maner kita berada, kita takkan terlepas dari melihat kebesaran ALLAH.. oleh itu, sentiaser la menggerakkan minda kita untuk berfikir hikmah dan pengajaran di sebalik apa yg berlaku di depan mata kita.. smoger dgn cara mudah ini, dpt mendekatkan diri kita dgn TUHAN yang maha Agung..

Sbnrnya.. tak kira susah atau senang, sekiranya kita sentiasa berpaut pada 'sesuatu' yg boleh memberikan kita keselamatan, kita akan menjadi lebih tenang dan aman..

OKess.. tuh jer.. trismas kerana membaca! ;)

Monday, May 18, 2009

Debat lah..

Salam semua..

Pengenalan

Kali ni, ak nak bincang sket ttg 'debat'.. First of all.. aper tu debat?? urmm.. dalam konteks yg ak nak bincang kan, debat ni more to perbincangan ilmiah. Ak rase sumer dah tahu, di peringkat sekolah sehinggalah peringkat IPT, byk pertandingan debat yg dianjurkan. Contohnyer, di peringkat sekolah, ader pertandingan debat inter-school (ajuran UIAM), pertandingan debat antara MRSM, manakala, di tahap IPT pula, ader debat Integriti, Perpaduan, Alam Sekitar dan debat Piala Diraja.

Pandangan Individu

"Debat ni bukannyer betul sangat, byk pendebat yang tipu fakta" ~A

"Debat nih tak membina pun..." ~D

"Tak minat la debat.." ~F

Banyak pendapat dan komen yg ak dgr biler ckp ttg debat.. Pd ak, masing2 ader pandangan sendiri.. Cumer, yg boleh diragukan, ada beberaper 'individu' yg tak pernah terlibat dgn debat, tp komen mcm seorang pendebat vateran.. hehehe..

Situasi

Sebenarnyer, berdebat ni bertujuan untuk melahirkan individu yg mampu untuk berfiikir secara kritis dan kreatif, memupuk budaya menganalisis dengan baik, disamping menjadikan seseorang itu berketrampilan, yakin diri, dan bijak bertutur. Di peringkat sekolah, mmg stigma debat dan tipu nih cukup sinonim terutama kpd 'pendebat ke-3' (siape yg masuk debat mungkin tahu).. Dan bender ni mmg terjadi...

Pun begitu, di peringkat IPT, budaya tipu2 nih dah tidak menjadi isu.. kerana penonton dan pendebat ini adalah dari golongan yg terpilih. Maksudnyer.. mereka yg cuba untuk menipu pasti akan dapat di'trace' oleh audiens dan hakim.. Oleh itu, sekiranyer korang tgk debat peringkat IPT, analisis kes mereka boleh dikatakan sangat bagus terutama kepada pasukan debat #**#..
Debat di peringkat IPT menjadikan seseorang itu lebih teliti dan matang dalam menghuraikan sesuatu tajuk.. (kalo tak pecayer, masuk lah debat).. hehe...

Kesimpulan

Ape yg hendak disampaikan disini, sekiranyer korang ader ruang dan peluang untuk belajar debat, rebutlah peluang tersebut.. Kerane, korang akan dapat meningkatkan kualiti diri, dan hidup supayer lebih maju dan berjaya.. Ws.

Tuesday, May 5, 2009

Berat Nyer!!

Salam..

huh.. Smalam adelah pngalaman pertama aku.. huhu... Selamer nih sjak aku dok asrama lagi, aku just dgr criter jer dari member2 ttg keadaan biler kene 'hempap dek hantu'..

Jam kul 1.oo pg.. aku sorang2 kat ats katil cuber untuk tdo.. tapi tak dapat gak.. smpai la ke jam 2.00 pagi.. aku menghela nafas panjang memikirkan camner la aku nak tdo nieh.. adusss..

Waktu ak menarik nafas dlm2.. tetiber aku teraser berat giler... argghhh!! aku try untuk pusing ke kiri dan ke kanan.. tapi tak leh.. Aku try la nak bc ayat quran kuat2, tp mulut aku tak leh gerak.. memang tak leh nak bersuara langsung... Samer giler ngan criter yg aku pnah dgr dulu... huh..

Then, aku bc la dlm hati surah2 pilihan, ayat qursi n byk la lg. Lepas aku habis bace beberaper ayat.. Alhamdullillah.. 'benda' tuh agak menghilang.. then lame-kelamaan aku pun ok semula.. hurm.. agak terkezut gak aku.. slama aku tdo kat katil tu, tak der plak kene bender2 cam nih..


Paginyer, aku terpikir.. kalo dari aspek agama, mmg benar la aku kene 'timpa dek hantu'. tapi kalo dari aspek sains.. aper kah xplaination nyer.. hehe.. mayb paralyzed sbb tak ckup oxygen (hypoxia) kot.. ntah lah.. hanya ALLAH yang tahu..
Ok la..

Kepader rerakan.. kalo terjadi bender2 camnih kat korang.. jangan gelabah... bacer lah ayat2 quran yer.. Insya-Allah... sumer nyer akan OK..

Ws.


Sunday, May 3, 2009

Catering Day..

Salam..

Lamer dah tak update blog nih slepas dpt resulltt.. hehe.. Kali nih, entry ttg catering day yg dah lepas kat IIUM Kuantan.. walaupun bender nih dah lamer berlaku, tp aku still akn igt smpai la biler2x.. (maybe)

Actually catering day nih bender wajib untuk stdent Diet 2nd yr kene wat every yr.. Since ak pun stdnt diet, sah2 la kene terlibat ngan catering day nih..

Kerja2 start waktu pembahagian tugasan kat bebudak klas. Z telah dilantik jd PM utk catering day kali nih.. hehe.. So, untk diri aku, Z telah meng'amanah'kan tugasan bhgn Promotion dan PIC utk menu GRILLED CHICKEN n bla3x.. agak berat la gak nak terima.. tapi aku accept as a challenge for me. Lagipun resipi sumer dah ader.. Sis.L yg bg.. Tambahan dgn pengalaman aku kerja part-time dulu, i think I can do it.

Kali ni, ak mmg dah decide nak all-out untk promotion.. jd.. promotion mmg sgt best.. hehe.. Tak der mslh sgt la kat bhgn nih.. Sikit2 tuh biaser la. Walaupun ak tak der kenderaan untk wat kerja, naseb bek la rakan2 yg ader motor n krete membantu.. Thanks to E, J, and S.

Poster yg aku design..

Untuk recipes.. mmg byk dugaan... Di pendekkan criter.. menu yg spatutnyer 'hot' dah btukar jd 'cold'.. huhu..

Sbnarnyer, ape yg ak nk smpai kan kat sini.. segaler parkare yg kiter wat kene ader NIAT.. itu sgt la penting.. dalam catering day, aku dah set kan awal2.. Profit tuh bukan priority.. da most valueble thing is XPERIENCE.. ak nak dpt kan xperience yg byk dan pelbagai.. Alhamdulillah, bila menu aku ada masalh, ak blaja byk benda.. (mayb org len tak dpt kot.. hahaha.. sorry kengkawan).. dari aspek penyediaan menu, sampai la ke aspek hubngan dgn kawan2..

Ak heppy dgn catering day walaupun memenatkan.. Biarla org nak kata aku nih sebuk2 kat menu org lain, biar la org nak ckp aku nih byk mulut, biarla org nak kata aku nih sker curi makan.. biarla aper mereka nak kata.. Haahaa.. Sbb aku tau ape yg aku buat.. and i did it on purpose. Ade yg keje dgn stress, but i enjoy doing my work eventhough teammates aku stress.. hehe... Coz, ak pnah keje in stress dan kerana terpaksa 'dulu-dulu'.. and in the end, i got nothing and go no where..

To all my frenss, thanks for ur supports ya.. And to Sis.L, thankss for da helps..! Gracias!

Ws..

Tuesday, April 28, 2009

Aah.. np??

Sedang asyik aku bermain DOTA seorang diri, tetiba....

6.05pm received - "On mobile jer ker??"

6.06pm reply - "Aah.. np?"

6.10pm received - "Tak tgk result ker??"

6.11pm reply - "Dah kuar ker??"

6.13pm received - "Blum.. Haha"

Huh... lepas ak men DOTA.. aku pun cek la result..

Ok.. tu jer.. Ws.

Friday, April 3, 2009

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI LEMAK secara tidakrasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyatMalaysia. Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putihyang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisangserta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dantimun yang menyelerakan. Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas tehtarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minumantidak rasmi bagi rakyat Malaysia.Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiaphari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan,nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya kesaluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepadapankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkansel-sel untuk menyerap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyutterapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-selyang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkaninsulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apayang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akanmenyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan.

Karbohidrat yang tidakbegitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulinyang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekananterhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai IndeksGlisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantungkepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besardiperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapabadan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalamaliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampautinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan jugadaripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, danlain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang danmelumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenalisebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Iabermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadapisyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindakbalas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasakdan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l). Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa10 tahun yang berikutnya. Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetesjenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiriyang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Carapemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes,tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yangpaling penting bagi diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Berbadangemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untukmenghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

2. Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada diatas paras berat badan yang sihat. Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripadaberat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk andamenghidapi diabetes jenis 2.

3. Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukankegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuatinsulin anda.

4. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan bolehmendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

5. Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diprosesseperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

6. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warnalagi baik.

7. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gulaputih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum tehtarik.

8. Suplemen-suplemen nutrisi.Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien pentingterbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah ataumengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes. Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin,vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium. Asid Alfa Lipoik (ALA) juga telah pun terbukti dapat memberi manfaatkepada pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes. ALA telah digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati(kerosakan retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2). Kajian-kajianbaru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkanpengumpulan lipid dalam tisu lemak.

Oleh: Mohd.Ramadan