Tuesday, April 28, 2009

Aah.. np??

Sedang asyik aku bermain DOTA seorang diri, tetiba....

6.05pm received - "On mobile jer ker??"

6.06pm reply - "Aah.. np?"

6.10pm received - "Tak tgk result ker??"

6.11pm reply - "Dah kuar ker??"

6.13pm received - "Blum.. Haha"

Huh... lepas ak men DOTA.. aku pun cek la result..

Ok.. tu jer.. Ws.

Friday, April 3, 2009

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI LEMAK secara tidakrasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyatMalaysia. Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putihyang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisangserta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dantimun yang menyelerakan. Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas tehtarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minumantidak rasmi bagi rakyat Malaysia.Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiaphari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan,nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya kesaluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepadapankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkansel-sel untuk menyerap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyutterapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-selyang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkaninsulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apayang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akanmenyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan.

Karbohidrat yang tidakbegitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulinyang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekananterhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai IndeksGlisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantungkepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besardiperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapabadan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalamaliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampautinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan jugadaripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, danlain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang danmelumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenalisebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Iabermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadapisyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindakbalas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasakdan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l). Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa10 tahun yang berikutnya. Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetesjenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiriyang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Carapemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes,tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yangpaling penting bagi diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Berbadangemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untukmenghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

2. Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada diatas paras berat badan yang sihat. Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripadaberat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk andamenghidapi diabetes jenis 2.

3. Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukankegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuatinsulin anda.

4. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan bolehmendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

5. Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diprosesseperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

6. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warnalagi baik.

7. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gulaputih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum tehtarik.

8. Suplemen-suplemen nutrisi.Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien pentingterbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah ataumengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes. Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin,vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium. Asid Alfa Lipoik (ALA) juga telah pun terbukti dapat memberi manfaatkepada pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes. ALA telah digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati(kerosakan retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2). Kajian-kajianbaru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkanpengumpulan lipid dalam tisu lemak.

Oleh: Mohd.Ramadan

Wednesday, April 1, 2009

Singapore2x..

Assalamualaikum wbt..

Sejak 2mnjak nih, byk sgt criter ttg spore yg bermain kat level 5, KAHS.. Hehehe... MAyb ade yg tau, mayb ader yg tak tau naper.. Watevapun, ak just nk share some scenary kat spore.. Ni pun ak took tyme dlm kreta..


Rumah kat Spore...

Jalan Kat Spore.. Jln Lame..

Ok... Tu jer Entri kali nih..

p/s: Hurmm.. tension stdy.. tak tau nak wat aper.. :)

Gud Luck For Final XM!!

Assalamualaikum wbt..

To all my fwens, I wish u all best of luck for ur Final XM...!